Wednesday, 24 October 2012

Karangan Autobiografi

  1. Karangan autobiografi adalah sebuah karangan cerita mengenai diri kamu sendiri.
  2. Walau bagaimanapun, kamu mungkin menjadi salah satu daripada benda berikut:
  • benda hidup- seperti manusia,haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
  • benda bukan hidup- seperti buku,alat tulis,kenderaan,pakaian dan lain-lain.
Contoh karangan autobiografi (1):
Tajuk: Aku Sebatang Pensel.

-tempat lahir-faber-kayu dan karbon-silinder-kedai alat tulis-budak lelaki-jaga baik-guna-setiap hari-pendek-buang-tong sampah-sedih-bangga-berjasa
____________________________________________________
Aku sebatang pensel

          Aku sebatang pensel.Aku dilahirkan di sebuah kilang di Pasir Gudang.Namaku Faber.Aku diperbuat daripada kayu dan karbon.Badanku berbentuk silinder.Aku tinggal di sebuah kedai alat tulis.

          Pada suatu hari,aku dibeli oleh seorang budak lelaki yang bernama Adam.Dia menjagaku dengan baik.Dia menggunakan aku setiap hari.Lama-kelamaan badanku semakin pendek kerana selalu diasah.Adam mula tidak selesa menggunakan aku.Akhirnya,aku dibuang ke dalam tong sampah.

          Aku berasa sangat sedih.Namun,aku bangga kerana dapat berjasa kepada tuanku,Adam.

_____________________________________________________

Karangan autobiografi (2):
Tajuk: Diri Saya

Biodata Diri Saya

Nama  : Nylea Natasha Binti Mohd Idzhar Hakimi
Umur   : 9 tahun
Alamat : No 8,Jalan Bayan 23,Bandar Seri Alam,81750 Masai,Johor
Hobi    : Bermain Layang-layang,Bermain Badminton.

_____________________________________________________

Diri saya

          Nama saya Nylea Natasha Bt Mohd Idzhar Hakimi.Umur saya sembilan tahun.Saya tinggal di Bandar Seri Alam.Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Alam.Saya adalah murid tahun 3 Cemerlang.

          Nama bapa saya Mohd Idzhar Hakimi Bin Mohd Farees.Beliau berumur 40 tahun.Beliau bekerja sebagai pengurus kilang.Ibu saya pula bernama Siti Saleha Binti Nor Azahar.Beliau berumur 35 tahun.Ibu saya seorang surirumah.

          Pada waktu lapang,saya suka bermain badminton dengan abang saya.Apabila dewasa,saya bercita-cita ingin menjadi seorang pemain badminton yang berjaya.Oleh itu,saya perlu belajar bersungguh-sungguh.


Wednesday, 10 October 2012

LATIHAN

Latihan Kata Ganti Nama Khas dan Kata Nama Am

   botol       tuala       tiang      baju       ubi     Pulau Tioman     pembaris    Razif     
   ikan         tikar

 1. ______________ bukan sahaja pandai menyanyi, malah dia juga pandai bermain
     piano.

2. ____________ di dalam bekas plastik itu berbau hanyir.

3. kami melancong ke_____________ semasa cuti sekolah yang lalu.

4. _____________ yang direbus oleh kakak kurang empuk.

5. Adik menggunakan ___________ untuk membuat garisan lurus.

6. _______________ yang dipacak oleh pekerja itu condong ke arah jalan raya.

7. Abang meneguk air di dalam ________ itu kerana terlalu haus.

8. ______________ yang dijemur olah ibu tidak kering kerana cuaca mendung.

9. Selepas mandi kakak mengelap badannya dengan sehelai _____________.

10. walaupun orang itu buta, tetapi dia sungguh pandai menganyam ____________.

Lagu Kanak-kanak

Tujuh Keajaiban di Malaysia

Menara Berkembar Petronas


Menara Condong Teluk Intan


Jambatan Pulau Pinang


Putrajaya



Menara Kuala Lumpur


Bangunan Sultan Abdul Samad

KLIA (Kuala Lumpur International Airport)