Wednesday, 28 November 2012

LATIHAN: Simpulan Bahasa

Berikan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan ayat-ayat dibawah.

Naik angin                Kaki bangku       Cahaya mata        Pencuci mulut
Mulut tempayan       Buah tangan      Hidung tinggi
Ikut jejak                   Tanda mata       Panjang tangan

1. Fairuz dan adiknya tidak pandai bermain bola sepak.(_____)
2. Lelaki kaya itu semakin sombong semenjak memegang jawatan tinggi.(_____)
3. Zanita makan sepotong betik selepas makan tengah hari.(_____)
4. Sulaiman menghadiahkan sehelai kemeja kepada Ustaz Salim.(_____)
5. Cikgu Yasin berasa marah apabila murid-muridnya tidak membersihkan kelas.(_____)
6. Kamil membawa buah-buahan semasa menziarahi rakannya yang sakit di hospital.(_____)                     7. Cikgu Halimah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.(_____)
8. Azrul ingin menjadi guru seperti bapanya.(_____)
9. Zamil memang tidak dapat dipercayai.Semua rahsia saya dihebahkannya.(_____)
10. Saya fikir ada pencuri di dalam kelas ini kerana banyak barang saya telah hilang.(_____)

Tuesday, 20 November 2012

Suasana Ketika Pengumuman Keputusan UPSR 2012

Tahniah kepada guru besar,pihak pentadbir,guru-guru dan warga SK Taman Rinting 2 kerana dapat mengekalkan keputusan cemerlang UPSR 2012.
Tahniah juga kepada murud-murid yang berjaya mendapat 5A,yang tidak berjaya jangan berputus asa jalan anda masih jauh di hadapan.Usaha pasti berjaya!
Seramai 25 orang murid SK Taman Rinting 2 telah berjaya mendapat 5A dan 8 orang murid mendapat 4A 1B.
Guru besar menyampaikan pesanannya













Hadiah sebuah basikal bagi setiap murid yang mendapat 5A.

Saturday, 10 November 2012

Persiapan Untuk Majlis Anugerah Cemerlang 2012 SK Taman Rinting 2.

Murid-murid cemerlang beratur untuk menerima anugerah.

Tarian daripada murid-murid tahun 6.

Persembahan coral speaking daripada murid-murid tahun 4 Perdana.

Cikgu Hjh Fazilah dan Cikgu Syahrul teruja berlatih sebagai juruacara majlis.

Cikgu Norlilawati sedang menghias pentas bersama murid-murid.

Cikgu Ilham sedang memberi taklimat kepada murid tahun 6 sebelum majlis graduasi.

Wednesday, 7 November 2012

Kesalahan Umum Tatabahasa

1. Kata Ganti Diri

  1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
  2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang.Misalnya:
  • Kucing itu mati. Ia dilanggar lori. (salah)
  • Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
     3.   Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa,guru,menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak.Misalnya:
  • Beliau ditangkap kerana mengedar dadah. (salah)
  • Dia ditangkap kerana mengedar dadah. (betul)
      4.   Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamu-kamu* ,*anda-anda* , *mereka-mereka*, dan sebagainya.Misalnya:
  • Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
  • Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
      5.   Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi *ianya.Misalnya
  • Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
  • jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)
      6.   Kata ganti diri seperti beta,baginda dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja sahaja

Tuesday, 6 November 2012

Latihan : Kata Hubung


Isi tempat kosong yang berikut dengan kata hubung yang sesuai.



sekiranya          bahawa          sambil          manakala          walaupun

ketika                supaya           sejak             jikalau               sementara

  1. _______________ mengayuh basikal, dia besiul.
  2. _______________ hari hujan, pertandingan itu akan ditangguhkan.
  3. Seorang penumpang bot itu mati lemas _______________ yang lainnya dapat diselamatkan.
  4. Pak Ali berteduh _______________ menanti hujan reda.
  5. Adik tidak henti-henti menangis _______________ pagi tadi.
  6. Berikan surat itu padanya _______________ dia datang.
  7. Rajin-rajinlah makan ubat _______________ demam kamu cepat pulih.
  8. Ibu memberitahu saya _______________ makanan itu sudah basi.
  9. Dia tidak ada di rumah _______________ kebakara itu berlaku.
  10. Dia tetap datang _______________ sibuk.

Latihan : Penjodoh Bilangan


Tulis penjodoh bilangan yang sesuai bagi setiap contoh yang diberikan


Contoh


Penjodoh Bilangan

Contoh

Penjodoh Bilangan

ais



Mancis


anggur



Mata kail


Anting-anting



Meriam


awan



Merpati


bawang



Nangka


benang



Kelapa sawit


kunci



Peluru


dakwat



Penulis


daun



Radio


gambar



Rambut


guru



Sate


jagung



Senapang


jala



Surat khabar


Kapal terbang



Limau


daging



sungai

Latihan : Kata Ganti Nama Diri

Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

1. Azman tidak ke sekolah pada hari ini kerana ________ demam panas.( dia, kamu )

2. "_________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun Tiga Perdana 
     kepada Cikgu Farhana.  ( Kami, Kita )

3. Guru besar sedang berucap.________ menasihati murid-murid supaya tidak melanggar peraturan
    sekolah. ( Dia, Beliau )

4. Murid-murid itu sedang giat berlatih kerana __________ akan menyertai perlawanan hoki pada
     minggu hadapan. ( dia, mereka )

5. " Jumpa _______ di bilik guru," kata Cikgu Mimie kepada Khairy Razin.(aku, saya )

6.  Jangan buka kertas soalan ini sebelum _______  arahkan," kata Cikgu Sarala. ( saya, dia)

7. "_______ berharap agar rakyat mengutamakan persekitaran yang bersih," titah Sultan Iskandar.
    ( Beta, Baginda )

8. Cikgu Rozaimie mengarahkan murid-murid_______membawa kain buruk semasa aktiviti gotong-
    royong esok. ( dia, nya )

9. " Mari _____ bersihkan kawasan taman bacaan itu," kata Daniel kepada kawan-kawannya. ( kami,
      kita )

10. " Mengapakah _______ tidak memakai kasut tetapi berselipar sahaja semasa aktiviti gotong-
      royong ?" tanya Vrisheen kepada Divinesh. ( kamu, kita )

Nota : Kata Seru


KATA SERU

1.      Kata seru  ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti marah,hairan,sedih,takut,terperanjat, dan sebagainya.Cara penggunaanya disesuaikan dengan intonasi pengucapan,iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
2.      Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
3.      Contoh kata seru serta penggunaanya adalah seperti berikut:


Kata Seru

Penggunaanya

aduh

Untuk menyatakan perasaan sakit atau kagum

aduhai

Untuk menyatakan perasaan sedih

ah

Untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu

Amboi/wah

Untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum.

Cis/cih

Untuk menyatakan perasaan marah atau benci

eh

Untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut

hai

Untuk menegur seseorang atau menarik perhatian.

nah

Untuk menarik perhatian atau memberikan sesuatu

oh

Untuk menyatakan perasaan hairan,kecewa,terkejut

wahai

Untuk menyatakan perasaan sedih atau menarik perhatian