Monday, 24 December 2012

Program Keselamatan Jalan Raya

Program Keselamatan Jalan Raya telah diadakan di SK Taman Rinting 2 dengan Petronas dan MSC.Seramai 180 orang murid dan 10 orang guru telah terlibat dalam program ini.




Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada kepentingan mematuhi peraturan jalan raya di samping mengenal pasti tanda-tanda keselamatan jalan raya.
Sebelum program ini dijalankan ,satu pertandingan melukis poster dan mengarang esei telah dijalankan.Tiga orang pemenang telah di pilih untuk setiap kategori.
Aktiviti kumpulan yang dijalankan ialah melukis tanda-tanda keselamatan jalan raya dan mencipta sebuah topi keledar yang selamat.Kumpulan yang berjaya telah diberi hadiah pada akhir program.Hadiah telah disampaikan oleh GPK Pentadbiran, Puan Rohayah Bt Ismail.








Wednesday, 12 December 2012

Latihan: Kata Sendi

Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan kata sendi yang sesuai.

hingga    untuk    oleh     kepada     daripada

  1. Pesta menuai itu diadakan _________ menghormati semangat padi.
  2. Persembahan tarian naga itu diadakan dari pukul 8.00 malam _________ pukul 10.00 malam.
  3. Jamilah mengirim kad hari raya _________ sepupunya yang berada di Kelantan.
  4. Sari yang dipakai oleh Puan Nirmala dibuat _________ kain yang bermutu tinggi.
  5. Tarian zapin itu dipersembahkan _________ penari-penari Yayasan Warisan Johor.

Latihan: Kata Adjektif

Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan kata adjektif yang sesuai.

resah     segar     cekap     tempang     kesat
  1. Halim berjalan _________ kerana kakinya terkena mercun.
  2. Ibu merasa _________ kerana adik masih belum pulang.
  3. Pak Ali membeli sayur-sayuran yang _________ di pasar tani.
  4. Tidak baik menggunakan kata-kata yang _________ apabila bercakap.
  5. Datuk sungguh _________ menganyam ketupat.

Latihan: Kata Kerja

Gariskan jawapan yang betul dengan memilih kata kerja yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.
  1. Ibu (memotong/mengerat) sayur dengan menggunakan pisau.
  2. Mohandas berjaya (menjejakkan/memijakkan) kakinya di puncak Gunung Kinabalu.
  3. Lim (menjala/memancing) ikan dengan menggunakan joran.
  4. Nenek memasukkan air yang baru (dimasak/dijerang) itu ke dalam gelas.
  5. Tukang kebun itu sedang (menebas/memotong) lalang di tepi padang.

Tuesday, 11 December 2012

Latihan: Kata Imbuhan

Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan imbuhan yang sesuai.
  1. Izman _________ (bawa) ibunya yang sakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
  2. Murid-murid sekolah itu _________ (atur) semasa menaiki bas.
  3. Aziz _________ (telefon) pihak bomba apabila melihat rumah jirannya terbakar.
  4. Kamisah dan adiknya _________ (cuci) pinggan mangkuk di dapur.
  5. Lali menegur adiknya kerana _________ (main) layang-layang berhampiran dengan kabel elektrik..
  6. Kasim melihat ke kiri, ke kanan, dan ke kiri semula sebelum _________ (lintas) jalan raya.
  7. _________ (dua-dua) orang budak itu menggunakan jejantas semasa melintas jalan raya.
  8. Ayah memakai topi keledar semasa _________ (tunggang) motosikal.
  9. Pemuda itu memakai jaket keselamatan semasa _________ (jala) di muara sungai.
  10. Puan Jamilah _________ (cuci) sayur itu terlebih dahulu sebelum memasaknya.

Bercuti Di Legoland Malaysia

Saya bersama keluarga telah bercuti ke Legoland.
Pelbagai jenis permainan yang amat menarik berada di sana!
Jom tengok gambar!!
Saya di samping suami berada di pintu masuk Legoland Malaysia.
Permainan yang memeningkan!
Salah satu landasan Rollercoaster yang berada di Legoland.

Pembinaan hotel dan bakal dibuka pada tahun 2013!
Kawasan yang sentiasa dipenuhi oleh kanak-kanak.

100% daripada permainan lego..


Salah satu bangunan yang dibina menggunakan permainan lego!
Permainan ini amat seronok!
Tempat untuk mengeringkan pakaian yang terkena tempias air.
Sebahagian pemandangan dari atas ketika menaiki tower.




Monday, 10 December 2012

Latihan: Sinonim

Berikan makna perkataan-perkataan di bawah berdasarkan pilihan jawapan yang diberi.

lambat     menolong     berumur     kerja     membiarkan


  1. berusia- ______________
  2. lewat- ______________
  3. tugas- _____________
  4. mengabaikan- ____________
  5. membantu- __________