NOTA

KATA NAMA.

1.      Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang ,binatang,benda,tempat, dan sebagainya.
2.      Kata nama terbahagi kepada 4:
· kata nama am
· kata nama khas
· kata ganti nama
· kata bilangan

Kata Nama Am
1.      Kata nama am ialah kata nama yang amnya digunakan untuk menyebut nama benda yang bernyawa dan yang tidak benyawa.
2.      Benda yang bernyawa ialah manusia,binatang, dan tumbuh-tumbuhan.
3.      Benda yang tidak bernyawa ialah benda dan tempat.Contohnya:

manusia

ayah,perempuan,kerani

binatang

ayam,gajah,kerbau

tumbuh-tumbuhan

pokok,betik,rumput,lalang

benda

pasir,kapak,radio

tempat

pejabat,pulau,sekolah

        
         4.   Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
· Konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang,atau dapat dirasa, atau dapat dilihat.
· Abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
         5.    Kata nama konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama      terbitan.
         6.    Berikut adalah beebrapa contoh kata nama terbitan:

bual  →  buaian
                                                               tua   →  ketua
   raja  →  kerajaan
         tahu  →  pengetahuan

      7. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada awal ayat.



Kata Nama Khas
1.      Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2.      Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
3.      Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat,judul buku,nama bangunan, dan sebagainya
4.      Kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar pada huruf pertamanya.

manusia

Zaidi,Nisa,Subramaniam

binatang

Tompok(kucing),Jalak(ayam)

tempat

Muar(daerah),Jepun(negara)

bangunan

Menara Tun Razak,Menara Tamingsari

judul buku

Teduhan Kasih(novel),Keluarga(majalah)

benda

Toyota(kereta),Pilot(pen)




PENJODOH BILANGAN.
1.      Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
2.      Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang,buah,ekor,orang dan sebagainya.
3.      Senarai penjodoh bilangan,penggunaanya, dan contohnya adalah seperti berikut:




Penjodoh bilangan


Penggunaanya


Contohnya

batang

Untuk menunjukkan benda-benda yang panjang

Sungai,lilin,pen

bentuk

Untuk benda-benda kecil yang berkeluk

mata kail,subang,cincin

biji

Untuk jenis buah,sayur-sayuran dan benda-benda yang kecil

Labu,telur,terung

bilah

Untuk benda-benda yang tajam

Parang,pisau,sabit

buah

Untuk benda yang besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk tertentu.

Kereta,negeri,rumah

ekor

Untuk semua jenis binatang

Nyamuk,semut,kuda

helai

Untuk benda-benda yang nipis dan lebar

Daun,baju,kertas

jambak

Untuk benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai

bunga,kunci

kaki

Untuk benda yang bertangkai

payung,cendawan,bunga








KATA ADJEKTIF


1.      Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
2.      Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda,orang,tempat,binatang, dan sebagainya.
3.      Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat,paling,sangat dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.Contohnya; sangat cantik,amat rajin,paling tinggi, dan sebagainya.
4.      Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
· menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik.
· menerangkan sifat warna seperti biru dan oren.
· menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar.
· menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur.
· menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh.
· menerangkan sifat waktu seperti awal dan lama.
· menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira.
· menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat.
· menerangkan sifat pancaindera seperti masin dan harum.



KATA KERJA
1.      Kata kerja ialah kata yang pada umumnya disertai awalan ber-,men-,ter, dan sebagainya.
2.      Kata kerja terdiri daripada:
· kata kerja tak transitif
· kata kerja transitif
· kata kerja pasif.
Kata Kerja Tak Transitif
1.      Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat,yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.      Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber-,men-,ter-,ber...an,dan ber...kan.Contohnya:
· Ravi belum datang lagi.
· Murid-murid sedang belajar
· Sungai itu mengalir deras.
Kata Kerja Transitif
1.      Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek,iaitu kata nama.Contohnya: Atan mendengar radio.
          - mendengar ialah kata kerja transitif
          - Radio ialah objek (kata nama)
           2.   Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men-,men...i,men...kan,memper-,memper...i, dan memper...kan.Contohnya:
· Pak Abu menjala ikan.
· Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
· "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
· Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
· untuk memperbaiki mutu lakonan anda perlu selalu berlatih.
· Pihak polis mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Kata Kerja Pasif
1.      Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi tidak berawalan men-.Contohnya: angkat,atasi,berikan,percepat,pelajari,persilakan, dan sebagainya.
2.      Ada tiga jenis kata kerja pasif:
· Kata kerja pasif pertama.Kata kerja pasif pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.Contohnya: kuangkat,kuatasi,kuberikan,kupercepat,kupelajari, dan kupersilakan
· Kata kerja pasif diri kedua.Kata kerja pasif kedua ialah yang berimbuhan kau-.Contohnya: kauatasi,kauberikan,kaupercepat.
· Kata kerja pasif diri ketiga.Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.Contohnya: diangkat,diatasi,diberikan,dipercepat,dipelajari, dan dipersilakan.




KATA HUBUNG
1.      Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan atau menggabungkan kata dengan kata,frasa dengan frasa, atau  ayat dengan ayat.
2.      Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
· kata hubung gabungan
· kata hubung pancangan
· kata hubung berpasangan
     3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan serta penggunaanya:


Contoh

Ayat Contoh

agar

Saya berharap agar dia cepat sembuh.

apabila

Mukanya pucat apabila disoal.

atau

Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.

bahawa

Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

dan

Lela dan Fahmi berjiran.

hingga

Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.











KATA SERU

1.      Kata seru  ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti marah,hairan,sedih,takut,terperanjat, dan sebagainya.Cara penggunaanya disesuaikan dengan intonasi pengucapan,iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
2.      Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
3.      Contoh kata seru serta penggunaanya adalah seperti berikut:


Kata Seru

Penggunaanya

aduh

Untuk menyatakan perasaan sakit atau kagum

aduhai

Untuk menyatakan perasaan sedih

ah

Untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu

Amboi/wah

Untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum.

Cis/cih

Untuk menyatakan perasaan marah atau benci

eh

Untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut

hai

Untuk menegur seseorang atau menarik perhatian.

nah

Untuk menarik perhatian atau memberikan sesuatu

oh

Untuk menyatakan perasaan hairan,kecewa,terkejut

wahai

Untuk menyatakan perasaan sedih atau menarik perhatian


2 comments: